Pencipta teknologi dengan DNA sebuah syarikat logistik
Containerchain menyediakan penyelesaian SaaS berasaskan awan kepada industri logistik kontena. Didedikasikan untuk memudahkan proses operasi, menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi serta menambah baik tahap perkhidmatan pelanggan termasuk menurunkan kos pengangkutan kontena daripada pelabuhan ke pintu anda, Containerchain dipercayai oleh syarikat-syarikat perkapalan kargo dan komuniti logistik di tiga benua.
Platform dan produk Containerchain menguruskan lebih daripada 20,000 pergerakan kontena setiap hari,
menyediakan pertukaran maklumat tanpa kertas dalam masa nyata, proses manual secara automatik, alatan perancangan operasi yang proaktif, kebolehlihatan pergerakan kontena yang menyeluruh serta perhubungan dan komunikasi masa nyata yang diselaraskan ke seluruh rantaian bekalan.
Sebagai pencipta teknologi dengan DNA sebuah syarikat logistik, kami membantu industri membuka kunci kepada nilai-nilai baharu, mengurangkan ketidakcekapan dan menyampaikan tahap perkhidmatan yang lebih baik.
“Tony Paldano, CEO, ContainerchainPada kurun ke-20, logistik kontena telah mengubah ekonomi dunia secara radikal. Pada kurun ke-21, pendigitalan telah mengubahnya sekali lagi. Matlamat kami adalah untuk menggabungkan dua kuasa ini dan menghasilkan masa depan yang mampan bagi industri yang merupakan asas kepada kesejahteraan global.
”

Skala global, kepakaran tempatan
Australia / New Zealand / Singapore / Malaysia / Germany / Netherlands / Belgium / France